Saturday, June 23, 2007

Cerpen : Hatiku Hanya Untukmu

Hatiku Hanya Untukmu

Awan pagi ini sungguh gebu dan indah. Langit kelihatan begitu cerah. Burung-burung berkicauan membuatkan pagi sungguh ceria. Aku melangkahkan kaki menuju ke Dataran Al-Farabi untuk menghadirkan diri ke perhimpunan pagi. Begitulah rutin harianku sebelum ke bilik kuliah sebagai seorang pelajar Institut Perguruan Kuala Terengganu. Sedar tak sedar aku kini berada di semester kedua tahun pertama bagi Program Perguruan Peringkat Rendah Pengajian Empat Tahun. Alhamdullilah, niat dan cita-citaku untuk menjadi seorang guru bakal terlaksana.

Selesai sahaja perhimpunan pagi, aku terus menuju ke bilik kuliah bersama-sama rakan-rakanku yang lain.

“Woi, kau gi mane semalam?” Sergah Azri kepadaku. Terkejut aku dibuatnya. Macam ni lah perangai si Azri. Suka sangat buat aku terkejut.

“Kau ni kan. Bagi salam tak, tanya khabar pun tak, tiba-tiba je sergah aku. Nasib baiklah aku ni tak ade sakit jantung. Kalau tak dah lama aku kat hospital tu”. Jawabku dengan nada tidak puas hati.

“Okeylah…ok…Assalamualaikum. Kau pergi mana semalam? Aku gi bilik ko tak ade. Roomate kau pun tak ade.” Tanya Azri penuh persoalan.

“Waalaikumussalam. Aku tak ke mana. Ada kat maktab ni. Kan aku dah bagi tahu kau, aku gi jumpa budak tu.” Terangku kepada Azri.

“Budak tu? Tak habis-habis lagi ke? Kan dia cakap dia tak suka kat kau. Kau jangan la buat muka tak malu. Orang dah tak suka kau, cari je lah orang lain.” Nasihat Azri kepada ku.

Budak tu? Budak tu lah yang membuatkan tidurku tak lena. Mandiku masih lagi basah. Makanku masih lagi berselera tapi aku jadi tak senang duduk bila fikirkan pasal dia. Dialah gadis pertama yang telah membuka pintu hatiku untuk menerokai alam cinta yang penuh misteri ini. Aku termenung memikirkan balik peristiwa yang berlaku semalam.

* * *

“Izham, kenapa tiba-tiba je awak nak jumpa saya ni? Kan saya dah kata saya tak suka awak. Awak bukan taste saya. Lagipun awak ni lebih tua dari saya. Tolonglah Iz, jangan kacau saya lagi”. Lisa bersuara.

Lisa. Nama tu lah yang menjadi sebutan ku semenjak kehadiran pelajar-pelajar junior Julai tahun lalu. Lisa agak cantik. Sopan santun gayanya. Halus tutur kata. Perwatakan itulah yang membuatkan aku tergila-gilakannya.

“Lis, kenapa awak tak tak boleh nak terima saya. Apa kurangnya saya dari lelaki-lelaki lain. Kalau awak nak tahu awaklah gadis pertama yang telah membuka hati saya untuk kenal apa itu erti cinta Lis,” balasku dengan nada agak kecewa.

“Izham, tolonglah Iz. Jangan paksa saya. Hati saya dah tertutup. Saya tak boleh nak terima mana-mana lelaki termasuk awak.” Jelas Lisa.

Apa maksud Lisa? Kenapa dia berkata macam tu? Kenapa dia tak boleh nak terima mana-mana lelaki lagi? Bingung aku jadinya.

“Awak tak akan faham Iz. Saya rayu pada awak Iz, tolong jangan kacau saya lagi,” sambung Lisa.

Aku jadi bertambah bingung.

“Lis, hati saya untuk awak. Satu je saya minta dari awak. Saya cuma nak sedikit ruang dalam hati awak untuk saya sayangi. Umur bukan penghalang untuk kita bercinta. Lis, kalau awak terima saya, saya janji saya tak akan sia-siakan awak.” Aku berkata jujur.

“Awak tak akan faham. Awak takkan faham Iz.” Lis tiba-tiba jadi sebak. Terus dia meninggalkan ku keseorangan di Dataran Ilmu.

Mengapa susah sangat dia nak terima aku dalam hidupnya. Apa kurangnya aku. Apa salah aku kat dia sampai dia tak boleh nak terima aku. Aku terus binggung. Nur Alisa Aina Binti Ismail, kau tetap gadis pilihanku.

* * *

Seorang demi seorang pensyarah berganti masuk ke kelas ku. Namun aku masih mengelamun. Aku tak dapat nak tumpukan perhatian dalam kelas. Tepat sahaja sahaja jam 1.15 petang aku terus pulang ke bilik.

Dalam perjalanan pulang ke hostel, aku terserempak dengan Lisa. Dia seakan-akan tidak perasan akan kehadiranku di kaki lima koperasi. Matanya langsung tidak memandangku.

“Mengapa jadi begini?”, soal hati kecilku. Biasanya dia akan senyum kepadaku setiap kali kami berselisih jalan. Tapi hari ini tidak. Mungkinkah peristiwa semalam membuatkan dia berubah hari ini?.

Seminggu telah berlalu. Lisa terus bersikap dingin terhadapku. Takkan hanya sekadar meluahkan perasaan kepadanya membuatkan dia terus tidak senang dengan aku. Tertekan aku dibuatnya. Beberapa pesanan sms ku hantar ke pada Lisa. Namun hampa sms ku tak berbalas. Lisa, sesungguhnya aku merinduimu.

Aku terbaring di atas katil memikirkan semua ini. Lalu pintu bilikku diselak oleh Amir, roommate ku.

“Iz, ni ada surat untuk kau. Ada sorang budak junior suruh bagi kat kau tadi.” Bagitahu Amir kepadaku.

Sebenarnya aku merahsiakan hal ini daripada pengetahuan roomate aku. Dia tak tahu apa-apa. Hanya aku, Azri dan Lisa yang mengetahui hal ini.

“Sape bagi? Budak perempuan mana?”, aku tertanya-tanya. Hatiku berdebar-debar.

“Ape ke name budak tu. Lisa, bidak PJ tu. Ape kes kau ngan dia ni? Korang bercinta ye?”, perli Amir.

“Mane ada aku bercinta dengan dia. Kenal pun tak. Ape la kau ni Mir?” Aku berpura kepada Amir dan juga diriku sendiri.

Lantas aku terus membuka surat yang ditujukan kepada Ahmad Izham Rashidi Bin Mohd Rashid. Diriku sendiri.

Kehadapan Izham,

Maafkan saya sekiranya kehadiran warkah ini mengganggu ketenangan awak. Namun saya terpaksa melayangkan warkah ini buat awak. Bukan saya tak sudi untuk menerima cinta awak itu, tapi pengalaman silam mengajar saya agar waspada dalam memilh teman. Saya tidak mahu tersalah langkah lagi. Saya tak mahu dikecewakan buat kali kedua.

Iz,

Sebenarnya hati saya pernah terpaut kepada seorang lelaki semasa dibangku sekolah dulu. Saya begitu menyayangi dirinya. Saya sanggup berkorban segala-galanya demi dia. Tapi dia telah mempermainkan dan melukakan hati saya. Dia sekadar mengambil kesempatan terhadap diri saya. Dialah lelaki pertama yang saya cintai dan dia jualah lelaki pertama yang paling saya benci. Semenjak itu, hati saya teleh tertutup untuk mana-mana lelaki. Sukar untuk saya pertaruhkan kepercayaan saya kepada seorang insan yang bergelar lelaki. Saya harap awak akan faham Iz. Hati saya telah dilukai dan tiada siapapun yang boleh merawat luka ini.

Ikhlas dari,

Nur Alisa Aina

“Mengapa termenung ni Iz. Ape budak tu tulis dalam surat tu?” Tanya Amir yang perasan akan keadaan diriku yang temenung ini.

“Tak ada ape-ape lah. Dia nak berkenalan je. Glamour juga aku ni sampai junior berminat nak berkenalan dengan aku”, balasku.

“Oooo…Muka macam kau pun ada peminat?...Ish..ish…ish…Aku lagi hensem dari kau pun tak de sape nak minat. Nasib…nasib…”, perli Amir kepadaku.

Aku sebenarnya sudah lama mengenali Amir. Dia roommate aku sejak program persediaan lagi. Perangai dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah, suka je perli aku. Tapi, aku senang dengan dia.

“Tak dapet den nolong,” balasku.

* * *

Hari ini petang sugguh indah. Tak telalu panas tak terlalu redup. Aku tenang lihat cuaca seperti petang ini. Bila teringatkan ada GERKO petang ni, malas la pulak aku nak pergi. Petang ni ada GERKO permainan. Bola sepaklah yang menjadi pilihanku. Memang tak dapat di nafikan lagi. Aku memang kaki bola. Kalau dah musim bola tu, makan bola, tidur bola dan semuanya lah bola. Manchester United pula pasukan pilihanku. Allahyarham Mokhtar Dahari pula adalah idola ku sejak dari bangku sekolah lagi. Kelincikkannya beraksi di padang membuatkan aku teringin mengikut jejak langkahnya menjadi seorang pemain bola sepak kebangsaan. Tapi, arahku lain. Aku bakal menjadi seorang pendidik, terpaksalah aku lupakan cita-citaku ini.

Budak-budak junior pun ada GERKO juga hari. Nur Alisa Aina pengerusi GERKO Bola Jaring IPKT. Gelanggang bola jaring sebelah je dengan padang bola sepak. Aku sering ambil kesempatan mengintai Lisa bermain. Memang power lah dia main. Wakil sekolah lah katakan.

Tiba-tiba aku rasa ingin je berjumpa dengan dia. Entah macam hari hati aku asyik teringatkan dia je. Mungkinkah dia sudah lupakan peristiwa hari tu atau tak? Tapi, apa-apa hal pun aku mesti jumpa dia hari ini. Dia sungguh ayu berbaju T-shirt biru muda, warna kegemaranku. Keayuannya makin terselah bila dia mengenakan tudung berwarna cream. Aku tidak sabar untuk berjumpa dengan dia.

GERKO petang ni dah tamat. Tiba-tiba je kaki aku melangkah menuju ke arah Lisa di padang bola jaring. Aku menjadi berani. Entah dari datangnya kekuatan pada diriku untuk berjumpa dengan dia. Aku semakin Hmapir dengan dia.

“Lis, saya nak jumpa awak kejap”, jeritku pada Lis. Dia kelihatan terkejut bila melihat aku memanggil namanya. Dia membisu. Lantas dia melangkahkan kakinya ke arahku.

“Kita duduk kat bangku sana ye”, ajakku. Dia terus membisu. Dia ikut saja rentakku.

“Lis, awak apa khabar?”, tanyaku.

“Sihat”, balasnya ringkas.

“Lis, surat yang awak bagi tu saya dah baca. Saya faham”. Jelasku.

“Baguslah tu kalau awak dah faham. Tapi kenapa awak datang jumpa saya lagi? Iz awak tetap tak akan faham. Hanya saya faham hati dan perasaan saya. Orang lain tak akan tahu.” Terangnya.

“Saya faham. Saya faham perasaan awak. Tapi… yang berlalu biarlah berlalu Lis. Lupakan semua. Mari kita bina hidup baru. Saya lain Lis. Saya betul-betul sayang awak. Saya tak ada niat pun nak permainkan awak.” Dalam tak sedar tanganku tiba je memegang erat tangan Lis. Ya Allah….Apa aku dah buat ni.

Lisa terkejut. Dia terus menarik tangannya dari genggamanku. Tiba-tiba….Pangggggggg….Tangannya hinggap di mukaku. Aku terkedu. Terkejut. Jantungku pantas berdegup. Aku terdiam. Suasana di padang bola jaring menjadi riuh rendah seketika. Kawan-kawan Lis tajam melihat kami. Aku malu.

“Izham! Tak ada mana-mana lelaki yang boleh sentuh saya. Awak dah melampau Izham. Mulai hari ni awak jangan kacau saya lagi. Saya…saya…”, dia terus berlalu dari situ. Terus menuju ke arah hostel. Aku masih lagi dibangku. Masih lagi dalam keadaan terkejut. Kenapa Lisa tergamak menamparku di depan rakan-rakannya. Aku tak faham. Tapi aku tahu aku yang salah. Tak patut aku pegang tangan dia. Dia bukannya muhrim aku. Tapi, aku tak sedar kenapa je tiba-tiba aku menggenggam tangannya. Mungkin aku dah terlalu sayangkannya. Lis, aku tetap menyayangimu.

Malam itu, suasa di hostel riuh rendah terutamanya di arasku. Aras satu blok Umar Al-Farouk. Seorang demi seorang silih berganti ke bilik ku. Menanyakan tentang peristiwa petang tadi. Aku terkejut. Begitu cepat berita ini tersebar. Aku…aku tak tahu nak jelaskan ape kat diorang.

“Iz, ape yang berlaku tadi? Sampai budak tu tamper muka kau. Apa kau dah buat at dia?”. Soal Amri. Seorang budak yang busy body yang tinggal kat sebelah bilikku. Semua orang panggil dia paparazzi. Dia ni suka sangat jaga tepi kain orang. Dia cuba juga korek rahsia orang. Aku kurang senang dengan dia.

“Salah faham je.” Balasku ringkas.

“Salah faham kau kata? Habis tu yang kau pegang tangan dia tu kenape? Kau syok kat dia ye. Entah-entah korang dah couple ye?.” Soal Amri mendapatkan kepastian.

“Aku tak ada apa-apalah dengan dia. Tadi tu cuma salah faham je. Hey, pergilah balik bilik ko. Jangan nak menyibuk hal orang.” Tegasku kepada dia.

“Ok…ok…tak nak bagi tahu takpe. Aku akan tahu juga nanti.” Balasnya sinis. Aku tahu si mamat paparazi ni takkan dok diam je. Dia mesti cuba juga nak korek cerita pasal aku ni. Biarlah dia. Dah memang perangai dia macam tu. Tak boleh nak buat apa dah. Mulut orang tak boleh nak tutup.

Seorang demi seorang datang, Itu je lah jawapan yang boleh aku bagi. Kemudian, Amir pulang dari Balai Islam selepas solat Isyak. Amir tu memang kaki balai dari dulu lagi. Aku pula jarang gi balai. Malas nak pergi. Kadang-kadang aku rasa malu dengan Amir. Dia sering ajak aku ke balai. Tapi aku menolak dengan baik. Bukannya aku tak nak pergi. Tapi malas arrrr.

“Ape kes kau tadi Iz, kecoh kat balai tadi”, satu soalan keluar dari mulut Amir.

“Tak ade apa-apalah. Cuma salah faham je”, jawabku.

“Takkan tak ada apa-apa kot. Mesti ada something kau rahsiakan dari aku ni. Kalau kau tak kisah share lah dengan aku,” kata Amir.

“Betul. Tak ada apa-apa.” Balasku ringkas.

“Iz, kita dah lama kenal. Kau dah jadi rumate aku dari sem satu lagi. Kau dah macam abang aku dah. Kalau ada apa-apa kongsilah dengan aku. Maybe aku dapat tolong kau.” Terang Amir.

Aku jadi serba salah. Nak bagi tahu dia ke tak. Dia memang baik. Lagipun aku aku sendiri dah anggap dia macam adik aku sendiri dah. Dialah best friend aku. Selama aku kenal dia, dia dah banyak tolong aku. Dia tak pernah pun berkira dengan aku. Tapi, patutkah aku cerita semua ni kat dia. Ataupun teruskan rahsia semua ini daripada pengetahuan dia. Aku jadi serba salah. Aku diam je.

“Macam ni lah Iz. Kalau kau nak citer, aku sanggup dengar. Kalau kau tak nak citer, aku tak paksa. Aku sentiasa sokong kau Iz”, cakap Amir.

Aku rasa terharu bila dia cakap macam tu. Dia memang seorang teman suka mengambil berat kat aku. Aku seronok jadi roomate dia.

“Mir, kau memang baik kat aku. Aku suka kawan ngan kau. Aku tak tahu la sama ada aku patut citer semua ni kat kau ataupun tak. Aku bingung.” Jelasku.

“Kalau kau tak keberatan ceritalah kat aku. Aku tak kisah. Kan tak ada rahsia antara kita”, Amir menjawab.

“Tapi, aku nak kau janji jangan bagitahu kat saper-saper.”

“Aku janji. Selama ni pun mana aku ada kecoh-kecoh pasal ko,” balas Amir.

“Sebenarnya….aku dah lama syok kat sorang junior tu sejak dia masuk ke maktab kita ni. Kalau kau ingat budak yang bagi surat kat aku hari tu. Aku dah lama simpan hati kat dia. Nama dia Lis. Tapi, aku kecewa…dia tak dapat nak terima aku. Aku tak macam mana buat lagi. Aku sayang dia Mir. Aku bertepuk sebelah tangan je.” Cerita ku kepada Amir.

“Nur Alisa Aina? Anak dato’ tu. Kau syok kat dia rupanya. Patutla dia hantar surat kat kau hari tu”. Balas Amir.

Anak dato’? Siapa pula anak dato’? Soalku dalam hati.

“Sape yang anak datuk ni Mir?”,soalku ringkas tapi penuh persoalan.

“Nur Alisa Aina tu la. Dia kan anak Dato’ Ismail. Pegawai KPM tu. Aik? Selama ni ko tak tahu ke?”, Tanya Amir kepadaku.

“Ya Allah…Macam mana la aku boleh tak tahu. Malunya aku. Dia anak dato’, aku ni aku orang susah pula. Apa aku dah buat ni….tapi aku sayang dia Amir. Aku nak bersama dia.” Beri tahu ku pada Amir.

“Macam ni lah Iz, kalau dah ada jodoh tak ke mana. Kau cubalah pikat dia lagi. Tunjukkan keikhlasan kau kat dia. Suatu hari nanti pasti hati dia terbuka untuk kau. Darjat bukan penghalang untuk korang bercinta. ” pujuk Amir.

“Aku tahu. Tapi tu bukan masalahnya. Dia ada sejarah hitam dalam percintaan. Bukan aku sorang dia tak boleh terima, tapi mana-mana lelaki pun dia tetap takkan terima. Dia anak dato’ Mir. Aku takut. Aku takut dia menjadikan kemiskinan aku pula sebagai alasan tambahan dia untuk tidak menerima aku. Aku takut Mir. Aku suka dia Mir.” Balasku.

“Kau cubalah dulu Iz. Kalau ada jodoh tu ada la. Yang pentingnya kau cuba dulu. Banyakkan berdoa kepada Allah. Lain kali ikut aku gi Balai Islam”, nasihat Amir sambil menyindir.

Aku tersenyum. Sempat lagi mamat ni perli aku.

“Nanti la. Sampai masa aku gi la sana,” jawabku. Itu je lah jawapan yang selalu aku bagi bila dia ajak aku ke Balai Islam.

Dia membalas senyumanku.

“Yang kes petang tadi ape pula citer. Patutla monyok je balik dari GERKO tadi?, soal Amir.

“Tak de ape-ape la….tadi aku gi pegang tangan dia. Bodoh sangat aku ni. Aku tak tahu macam mana aku boleh pergi pegang tangan dia. Pastu, terus je tangan dia ngap pipi aku ni”, terangku.

“Patutlah dia bagi penampar free kat kau. Kalau kau nak tahu family dia tu Islamic sikit. Tu la pasal kau dapat penampar tu.” Jelas Amir.

“Ooo…Macam tu. Kenapa la aku boleh tak tahu semua ni. Habis tu macam mana kau boleh tahu pula?”, tanyaku.

“Bapa dia kawan ayah aku. So, sikit-sikit aku tahu la pasal dia ngan family dia,” jawab Amir.

“Nape selama kau tak bagitahu. Apa la kau ni.”

“Kau tak tanya. Macam mana aku nak bagi tahu. Kau kan tak suka menyibuk hal orang lain,” balas Amir.

Kami tergelak sama-sama. Malam itu terus beransur tua. Aku tidak dapat melelapkan mata memikirkan kejadian petang tadi. Nur Alisa Aina. Nama yang menjadi pujaanku. Anak orang kaya. Anak dato’. Apa yang ada pada diriku ini. Ayahku hanya seorang petani. Makan minum pun sekadar cukup je. Dia lain. Dia hidup dalam kemewahan. Dia hidup dalam kesenangan. Tapi aku tetap sayangkan dia. Aku tak nak kehilangan peluang untuk menyanyangi dia. Nur Alisa Aina, kau lah gadis idaman ku.

* * *

Sedar tak sedar, kini aku sudah berada di tahun akhir program PPPRP4T. Tiga tahun sudah berlalu dengan pantasnya. Lisa masih berada di maktabku, ditahun ketiga dan still ambil PJ. Aku masih belum putus asa lagi. Aku terus cuba cuba untuk memiliki hati Lisa. Kami masih berhubung, tapi Cuma sekadar kawan biasa. Tapi aku anggap dia lebih dari itu. Dia masih tidak dapat menerima aku. Kejujuran dan keikhlasan sering kali aku tunjukkan kepada dia. Aku nak dia tahu aku masih dan tetap sayangkan dia. Ramai pelajar baru yang silih berganti di maktab, namun tiada siapa pun yang dapat menyaingi Lisa. Lisa lain dari yang lain.

Minggu depan aku ada praktikum. Malas rasanya nak pergi. Ni kali ke 3 aku praktikum. Kali ni aku dapat mengajar kat Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir. Nasib baiklah dapat sekolah yang dekat. Senang sikit nak pergi. Nasib baiklah juga si Amir dapat sekolah kat area tu. Bolehlah aku tumpang sekali. Aku dari dulu lagi pergi mana-mana mesti tumpang orang. Aku tak ada kenderaan sendiri, lessen pun aku tak ada. Susah nak gerak mana-mana. Aku syukur sangat dapat member –member yang perihatin. Diorang selalu tolong aku. Kadang-kadang aku rasa segan pula ngan diorang. Tapi apa aku nak buat, terpaksalah tebalkan muka.

Nur Alisa Aina. Tu je nama yang sering bermain di benak fikiranku. Bila praktikum start dah takde peluang nak jumpa dia lagi. Aku ingat lagi sem lepas, aku bagai nak gila bila tak jumpa ngan dia. Seminggu dua boleh lagi, tapi ni berbulan-bulan tak jumpa dia. Aku time tu dok rumah sewa. Sekolah yang aku dapat jauh dari maktab. Tapi bukan aku je yang praktikal, Lisa pun praktikal juga. Kali ni dia dapat dekat ngan maktab. Entah bila la aku boleh jumpa dia. Member selalu nasihat aku, usah dikenang orang yang tak sudi. Aku tak hiraukan nasihat diorang. Hanya Lisa seorang je yang mampu bertahta di hatiku.

Entah tiba-tiba je aku terasa nak tulis sesuatu kat Lisa. Lantas tangan aku menggapai sebatang pen dan sehelai kertas A4 Double A yang berada di rak buku aku. Aku terus mengarang.

Kehadapan Nur Alisa Aina,

Awak apa khabar? Saya sentiasa doakan awak agar berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Sudah lama kita tidak bersua. Cuti semester baru sahaja tamat, tapi kita masih belum bertemu bersua muka lagi. Saya rindukan awak.

Lisa,

Bertahun-tahun saya menunggu awak. Tapi hati awak masih belum terbuka lagi untuk saya. Saya mahu awak tahu awaklah satu-satunya gadis pilihan saya. Awak lah gadis pertama yang muncul dalam hidup saya. Saya sanggup menunggu awak biarpun seribu tahun lagi. Saya sayangkan awak. Awak lain dari yang lain. Hanya awak je di hati saya. Saya akan tetap tunggu awak.

Lis, hatiku hanya untukmu..

Wassalam.

Ikhlas dari,

Ahmad Izham Rashidi

Itu saja yang mapu aku tulis kali ini. Aku nak dia tahu yang aku ni masih sayangkan dia. Lalu aku lipat kertas tu dan masukkan ke dalam sampul surat berwarna biru muda, warna kegemaranku. Aku terus menuju ke bilik 113.

“Shah, tolong bagi ni kat Alisa,” minta aku pada Shah.

Shah ni sebenarnya classmate Lisa. Banyak citer pasal Lisa aku korek dari Shah.

Surat apa tu? Surat cinta erk?”, tanya Shah.

“Tak adelah. Surat biasa je”, terangku.

“Okeylah…Aku faham. Letak je kat meja tu. Nanti petang aku pass kat dia”.

“Terima kasih tau. Pastu kau cakap kat dia aku kirim salam”, aku menambah.

Don’t worry lah my friend. Aku tahu tahu la nak cakap ape”, jawab Shah tersenyum.

Aku pun terus beredar dari bilik Shah. Aku percayakan Shah. Sejak dari dulu lagi dia jadi posmen aku. Dia boleh diharap.

* * *

Hari ini hari Jumaat. Aku pergi jogging ke pantai. Setiap kali hari Jumaat dan aku aku kelapangan aku akan ke pantai. Tepat jam 6.30 pagi aku mulakan langkah aku ke pantai. Suasana pagi ini begitu begitu indah. Burung-burung berkicauan menghiburkan hatiku yang lara. Jarak dari maktab ke pantai lebih kurang dua kilo meter. Aku berseorangan pagi. Nak ajak member-member kesian pula. Diorang tengah lena dibuai mimpi.

Laut kelihatan biru. Akhirya sampai juga aku kat pantai. Aku terus warming down. Pastu macam biasa lah, aku tanggalkan kasut dan berjalan-jalan di gigi air. Huhh…sungguh sejuk air laut pagi ni. Aku seronok lihat ketam-ketam berlari-lari di tepi pantai. Ada yang ke laut dan ada yang tengah korek lubang. Mereka kelihatan gembira. Tapi hati aku tak segembira mereka.

Sampai je di suatu kawasan yang landai, aku terus letakkan punggung aku ke pasir. Aku merenung jauh ke tengah laut. Begitu indah ciptaan tuhan. Matahari pun baru menammpakkan cahaya keemasannya. Begitu indah sekali. Aku mengelamun jauh memikirkan Nur Alisa Aina. Sampai bilakah aku harus menunggumu? Praktikum dah nak start lusa, tak ada peluanglah aku nak jumpa dia.

“Assalamualaikum….”.

Tiba-tiba kedengaran satu suara yang begitu memberi salam di belakangku. Suara itu macam biasa ku dengari. Jantungku pantas berdegup. Adakah dia…..? Aku menoleh ke belakang. Ya Allah, Nur Alisa Aina!. Macam mana dia tahu aku ada kat sini. Kenapa dia datang kat aku. Ataupun mungkinkah dia sudah bersedia untuk menerima aku. Pelbagai persoalan terus menerjah fikiranku.

“Waalaikumussalam..”, jawabku.

“Lis, apa awak buat kat sini?”, tambahku.

Aku hairan tiba-tiba je Lis datang kepadaku.

“Saje je nak jumpa awak. Awak apa khabar?”, tanyaku kepada Lis.

“Sihat. Alhamdulillah. Awak lak?. Dia kembali menanyakan soalan yang sama.

“Si…sihat,” jawabku tergagap-gagap. Lagi aku masih terkejut dengan kehadiran Lis yang tiba-tiba je.

“Awak….saya rasa malu ngan awak. Awak baik kat saya. Awak……”, cakap Lis.

“Kenapa awak sanggup tunggu saya? Apa yang ada pada saya sampai awak….sampai awak sukakan saya?” Tambahnya lagi.

“Awak…Terlalu istimewa untuk saya. Awaklah wanita pertama yang hadir dalam hidup saya. Saya sukakan awak. Saya ikhlas kat awak. Saya sanggup tunggu awak.” Jawabku jujur.

“Saya tahu, saya hanya menunggu bulan jatuh ke riba je. Tapi saya percaya suatu hari nanti bulan tu tetap akan jatuh ke pangkuan saya. Biar pun apa orang nak kata. Yang saya tahu, hati saya hanya untuk awak.” Jelasku kepada Lisa. Aku terus bercakap jujur ngan Lisa.

“Awak….Saya tahu saya dah lukakan hati. Saya menyeksa hati awak. Saya sedar ini adalah satu kesilapan besar saya membiarkan awak menanti dan menunggu saya. Saya bersalah kat awak. Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak berniat nak buat awak macam ni. Tapi…..tapi saya tak sanggup kecewa untuk kali kedua.” Sebak Lis memberitahuku.

“Sekarang saya dah sedar siapa awak yang sebenarnya. Bertahun-tahun awak menunggu. Awak tetap menunggu. Saya rasa….sekarang dah sampai masanya….untuk saya menerima awak dalam hidup saya.” Sambung Lisa.

Aku tergamam seketika. Apakah betul yang aku dengar? Benarkah ayat itu keluar dari mulut Lisa. Aku bagaikan tidak percaya. Apakah ayat itu ikhlas dari Lisa sendiri.

“Lis, saya tak paksa awak menerima saya. Tapi….saya tetap sayangkan awak walaupun awak tak bersama saya.” Jelasku pada Lisa.

“Saya dah fikir masak-masak. Bertahun-tahun saya fikirkan pasal benda ni. Keikhlasan dan kesetiaan telah membukakan hati saya untuk awak. Kini ruang yang awak minta di hati saya dulu akan saya berikan pada awak.” Lisa memberikan seribu harapan kepadaku. Aku bagaikan tidak percaya.

“Lis….Saya sayangkan awak. Akhirnya penantian saya selama ini terjawab. Lis, saya nak awak terima saya seadanya,” mintaku pada Lis.

Lis hanya tersenyum. Aku membalas kembali senyumannya itu. Lisa, kau kini milikku. Aku harap semoga pencintaan kami kekal hingga ke pelamin.

Nur Alisa Aina, hatiku hanya untukmu.