Tuesday, March 25, 2008

ADAM PIMPINLAH AKU…`HAWA`


putridurriyah menulis "ADAM PIMPINLAH AKU…`HAWA`Adam! Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.Sesungguhnya aku adalah Hawa,temanmu yg kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.Aku asalnya daripada tulang rusukmu yg bengkok.Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,sentiasa mahu terpesong dari landasan krn aku buruan syaitan.
Adam! Maha Suci ALLAH yg mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya pd akhir zaman.Itulah ketelitian ALLAH dlm urusanNYA.Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia dgn darah dan kacau-bilaulah suasana.Adam sama Adam bermusuhan krn Hawa.Buktinya,peristiwa Habil dan Qabil hingga zaman cucu-cicitnya.Jika begitu,maka tidak selaraslah undang-undang ALLAH yg mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pd satu masa.Adam! Bukan krn ramainya isterimu yg membimbangkan kau.Atau sedikitnya bilanganmu yg merunsingkan aku.Tapi aku risau dan gundah menyaksikan tingkah lakumu.Sejak dulu lagi aku sudah tahu bhw aku mesti tunduk apabila menjadi isterimu.
Namun,terasa berat pula untukku menyatakan isi hati.Adam! Aku tahu,al-Quran ada menyatakan kaum Adam memimpin kaum Hawa.Kau diberi amanah untuk mendidik aku.Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa dlm redha ALLAH.Tapi,aku dan kaumku kini telah ramai menderhakaimu.Menyimpang dari jalan yg telah disyariatkan.
ALLAH perintah aku tinggal di rumah.Bukan berjalan-jalan di pasar atau di bandar sewenang-wenangnya.Jika keluar pun,seluruh tubuhku mesti ditutup ikut syariat.Tapi,ramai Hawa yg melanggar batas-batas itu.
Adam! Mengapa engkau biarkan aku begini? Aku jadi ibu.Jadi guru.Menjaga dan didik anak-anakmu.Waktu yg sama aku mengurus dan mentadbir negara.Ke hutan memikul senjata.Padahal,kau duduk saja.Ada di antara kaummu yg menganggur.Kau tidak seperti dulu lagi.Adam! Sudah hilangkah kasih sucimu padaku?Adam! Marahkan kau jika kukatakan, “Andainya Hawa terpesong,maka Adam patut tanggung!” Mengapa begitu Adam? Ornag kata, “Jika anak jahat emak bapa tak pandai didik.Jika murid bodoh,guru tak tahu mengajar!” Adam kau selalu kata, “Hawa memang degil.Tak mahu dengar kata.Tak mudah makan nasihat.Kepala batu.” Pada hematku yg dhaif ini Adam,seharusnya kau tanya dirimu, “Apakah didikanmu padaku seperti didikan Nabi SAW terhadap isteri-isteri baginda? Adakah layananmu sama seperti psikologi baginda terhadap mereka? Adakah akhlak kaummu boleh menjadi ikutan kaumku?
Adam! Sebenarnya, kau imam dan aku makmum.Aku pengikutmu dan kau ketuaku.Jika kau benar, maka baiklah aku.Jika kau lalai,aku juga lalai.Kau punyai kelebihan akal,aku pula kelebihan nafsu.Akalmu sembilan,nafsumu satu.Aku! Akalku satu nafsuku beribu.Oleh itu Adam! Pimpinlah aku dari kelalaian.Aku sering tergelincir krn dorongan nafsuku dan kuncu-kuncunya.Bimbinglah aku menghayati kalimah suci ALLAH.
Perdengarkan padaku kalimah Tuhanmu agar tenang hidupku.Hembuskan roh jihad ke dlm hatiku agar aku menjadi mejahidah,kekasih ALLAH.Adam! Andainya aku masih lalai krn sikapmu sendiri.Segan menuruti langkah para sahabat.Masih gentar mencegah mungkar.Maka,tunggu dan lihat,saat kehancuran dunia ini apabila kaumku yg memerintah.Kau akan malu Adam! Malu pada dirimu sendiri! Labih teruk lagi,engkau malu dan bersalah pada Tuhanmu yg kau Agongkan.

Friday, March 14, 2008

Hayati bersama Maulidurrasul


Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.