Wednesday, October 31, 2007

TIPS untuk menghadapi peperiksaan

TIP HADAPI PEPERIKSAAN: PERSIAPAN MENTAL
Oleh
DR. ISMAIL ZAIN 26/08/2004 5:33 p.m.
(Dipetik dan diubah suai dari
Laman Web Portal Pendidikan Utusan)

Persediaan yang rapi harus dilakukan oleh pelajar di ambang peperiksaan. Kekuatan mental harus ada pada diri anda demi untuk menghadapi peperiksaan secara lebih berkeyakinan.

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
Jangan memikirkan perkara-perkara lain yang boleh mengganggu fikiran dan ketenangan diri.
Jangan membuat anggapan yang peperiksaan itu susah.
Jangan terlalu memikirkan tentang masalah yang mungkin ditemui sewaktu berhadapan dengan kertas soalan peperiksaan.
Jangan memikirkan tentang kegagalan yang mungkin menimpa anda selepas peperiksaan.
Jangan takut pada peperiksaan.
Jangan membuat perbandingan kebolehan diri anda dengan rakan yang lain.

PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN
Tumpukan sepenuhnya fikiran anda terhadap pelajaran.
Anggapkan peperiksaan itu hanyalah menguji sesuatu yang telah anda baca dan ketahui.
Anggapkan segala soalan yang terdapat di dalam kertas soalan itu adalah soalan-soalan yang pernah anda jawab dalam peperiksaan-peperiksaan yang lepas.
Bayangkan kejayaan yang akan anda alami serta keseronokan yang anda kecapi bersama ayah dan ibu ketika menerima keputusan peperiksaan.
Anggapkan peperiksaan itu sebagai tiket untuk melangkah mercu kejayaan.
Anggapkan diri anda sama seperti orang lain. Orang lain boleh kenapa diri anda tidak boleh!
Selamat Menduduki Peperiksaan!!!
Selamat Menduduki Peperiksaan!!!