Monday, July 28, 2008

Majlis Berbuka Puasa Bersama Madam Zainab

Wednesday, July 16, 2008

BOWLING KAT STADIUM SULTAN MIZAN










Tuesday, July 8, 2008

Melancong ke Redang Island


















28 Julai 2008, MT 1 telah mengadakan satu lawatan ataupun boleh kata gi melancong kat Pulau Redang. Seronok sangat. Kebanyakan kali pertama datang ke pulau ni. Kat atas tu gambar En. Baharom. Dialah yang incharge trip ni. Kami bertolak dari jam 8.30 pg la lebih kurang. Sampai kat jeti Merang lebih kurang 9.30 pg. sebelum naik bot tu kitaorang gi la jalan2 kat sekitar jeti. Tengok2 makcik2 jual baju, keychain, sovenier dan macam-macam lagi la. Si Hapist beli seluar hawaii, nak pakai time berenang kot. Sebelum kitaorang naik bot, ada yang makan ubat mabuk la. kot2 nanti mabuk time naik bot. Perjalanan ke Redang ok je pada mulanya. Smapai sana terus cari port letak barang. Pastu terus snorkelling. Cari wooo ikan2 kat dalam laut tu. Ada yang bawa roti nak bagi makan kat ikan2 tu. Si Kak Nor pulak 2 berani la nak gi tgh laut sorang-sorang, pahtu time nak balik tak larat nak berenang. Tergelak aku. Lawak betul la kak nor ni. Memang kotor. Kena la si Din ngan mimi tarik naik ke darat. peh macam dugong je. Sebut pasal dugong ni, memang banyak "dugong" kat tempat kita orang snorkelling. Dugong2 ni diimport khas dari taiwan, korea, us, macm2 lagi la. Seksi siotttttt. Habis je snorkelling kitaorang rehat jap, makan2 pahtu sembahyang. Pahtu barulah bermula pengembaraan yang begitu mencabar. Perghhhhh, memang betul2 mencabar. Kitaorang dibawa ke perairan Pulau Bidong and kat sana kitaorang akan memancing ikan dan bukanyya dugong. Tak larat nanti nak angkat kail kalau dapat dugong. Time tu bot dimatikan. bermulakan kisah2 lucu lagi mencuit hati. Mangsa pertama; Ainun Jariyah Mat Ariff. Habis semua keluar. Geli aku tengok. Ainun enon, belum ape dah mabuk laut dah.. kesian. Mangsa kedua: adalah sape2 pun. banyak la juga yang jadi mangsa time 2. Ada yang makan limau tu keluar seulas-ulas. Heeee geli aku..Kotor betul. Pencemaran laut betul la budak2 ni.. ish..ish...



Pastu kitaorang start la memancing...sonok juga mancing ni...banyak la juga ikan yang kitaorang dapat. kagum aku ngan si Afiq tu. Baru je letak kail dah dapat 'pari'. besar lak tu. Dahsyat tu...tapi sedihnya dapat ikan sama je..angkat2 dapat ikan kerisi..pahtu adala dapat si ikan buntal lak. Time mancing tu si Amy tgh bakar ayam. memang syokla makan ayam time memancing 2. Walaupun ayam tu tak berapa sedap. Boleh la mengisi perut yang tengah lapar ni.



Habis je mancing kitaorang pun balik la. Memang puas la pengembaraan hari 2. Satu kenangan yang tak dapat dilupakan.